Ramai ibu bapa fikir sensory play hanyalah aktiviti bermain biasa. Hakikatnya, ia adalah salah satu asas penting dalam perkembangan kanak-kanak.
Melalui aktiviti sensori (sensory-play), anak-anak belajar menggunakan deria mereka untuk memahami dunia. Aktiviti sensori ini sangat membantu anak-anak, terutamanya bagi anak yang mempunyai cabaran seperti Autism Spectrum Disorder, ADHD, GDD, (dsb) dalam membina kemahiran asas kehidupan.
1. Aktifkan Deria Utama Anak

Anak belajar melalui 7 deria utama:
-
- Bau (Smell)
-
- Rasa (Taste)
-
- Penglihatan (Sight)
-
- Pendengaran (Hear)
-
- Sentuhan (Touch)
-
- Keseimbangan (Vestibular)
-
- Kesedaran Tubuh Badan (Proprioception)
Sensory play dapat membantu anak dalam meneroka dunia secara fizikal dan semula jadi.
Contoh aktiviti:
-
- Main slime atau pasir (deria sentuhan)
-
- Bau playdough
-
- Lihat buih sabun terbang
Aktiviti ini bantu otak anak proses maklumat dengan lebih baik.
2. Bantu Kawal Emosi Anak (Self-Regulation)

Sensory play bukan sekadar seronok — ia juga membantu anak tenang dan fokus.
Bagi kanak-kanak, terutama dengan Autism Spectrum Disorder, aktiviti sensory membantu mereka:
-
- Kurangkan stress
-
- Kawal emosi
-
- Elakkan meltdown
Contoh aktiviti:
-
- Main pasir
-
- Peluk bantal berat
-
- Aktiviti tekan-tekan (deep pressure)
Ini sangat membantu anak yang mudah overstimulated.
3. Kuatkan Motor Halus & Kasar

Kemahiran motor penting untuk aktiviti harian seperti:
-
- Menulis
-
- Makan sendiri
-
- Pakai baju
Sensory play membantu kuatkan otot dan koordinasi.
Contoh aktiviti:
-
- Picit playdough → kuatkan jari & tangan
-
- Koyak kertas → koordinasi dua belah tangan
-
- Tuang air → kawalan pergerakan
Ini adalah asas penting sebelum anak masuk tadika atau sekolah.
4. Galakkan Kreativiti & Eksplorasi

Dalam sensory play, TIADA jawapan betul atau salah.
Anak bebas:
-
- Bereksperimen
-
- Membuat pilihan sendiri
-
- Belajar melalui pengalaman
Contoh aktiviti:
-
- Campur warna air
-
- Main “masak-masak” guna pasir
-
- Sensory bin eksplorasi
Proses ini bantu anak jadi lebih berdikari dan berani mencuba.
5. Tingkatkan Keyakinan Diri Anak

Apabila anak berjaya lakukan sesuatu sendiri, mereka akan rasa:
-
- Seronok
-
- Bangga
-
- Lebih yakin
Contoh:
Anak berjaya tuang air tanpa tumpah → ini nampak kecil, tapi sangat besar untuk perkembangan mereka.
Dari sinilah keyakinan diri anak mula terbina.
Kesimpulan
Sensory play bukan sekadar aktiviti bermain, tetapi asas penting dalam perkembangan anak — dari emosi, fizikal hingga keyakinan diri.
Walaupun tanpa terapi formal, ibu bapa tetap boleh lakukan sensory play di rumah secara konsisten setiap hari.
Klik disini untuk info lanjut Kelas Sensori | Smart Minda

FAQs:
Sensory Play Untuk Anak
Soalan lazim mengenai Sensori Kanak-kanak khusus Anak Autism, Speech Delays, ADHD, GDD, dsb.
Ya, normal. Ada anak sensitif pada sentuhan. Mulakan dengan aktiviti ringan seperti bermain air sebelum perkenalkan tekstur lain secara perlahan.
Cukup 5–15 minit sehari secara konsisten. Tak perlu lama, yang penting anak dapat rangsangan sensori setiap hari.
Bergantung kepada situasi sensory anak. Boleh mula di rumah dahulu. Namun jika anak ada cabaran emosi atau fokus, boleh rujuk pakar seperti ahli Pediatrik dan ahli Terapi Cara Kerja.
