6 Aktiviti Sensori Mudah untuk Anak Autism di Rumah

Ramai ibubapa mungkin terdedah dengan aktiviti ‘sensori’, namun tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Ada yang merasakan aktiviti sensori itu mahal, atau tidak tahu bagaimana untuk ‘mula’. Ataupun tidak tahu apa kaitan dengan ‘sensori’ ini dengan bantu anak bercakap? Komunikasi? Pengurusan Kendiri?

“Apa itu Teacher?” “Saya nak anak pandai cakap.” “Saya nak dia pandai ABC 123.”

Penting disini ibubapa, guru-guru dan juga umum perlu faham betapa pentingnya aktiviti sensori ini dalam rutin harian anak-anak.

Aktiviti sensori memainkan peranan besar dalam perkembangan otak, fokus, pembelajaran dan regulasi emosi anak, terutamanya bagi kanak-kanak kecil dan juga anak autism.

Aktiviti sensori untuk kanak-kanak tak semestinya susah atau mahal. Dengan bahan yang ada di rumah, ibu bapa boleh bantu rangsang perkembangan anak setiap hari—hanya dalam 5 minit! Jom cuba 6 aktiviti sensori mudah di rumah yang menyeronokkan ini 👇

1. Koyak Kertas

Sediakan kertas atau surat khabar lama dan ajak anak mengoyak bersama.

Manfaat:

    • Latih koordinasi dua belah tangan (bilateral coordination)

    • Persediaan awal untuk pegang pensel

    • Kuatkan otot tangan

👉 Tip: Buat jadi aktiviti “koyak & tampal” untuk lebih fun!


2. Main Air (Water Sensory) 💧

Isi air dalam bekas dan letakkan mainan kecil atau puzzle.

Manfaat:

    • Latih fokus dan kesabaran

    • Tingkatkan koordinasi mata-tangan

    • Bantu anak lebih tenang (regulasi emosi)

👉 Idea: Guna pengepit untuk angkat mainan – lagi mencabar!


3. Finger Painting 🎨

Biarkan anak melukis menggunakan jari mereka.

Manfaat:

    • Rangsang motor halus

    • Tingkatkan koordinasi mata-tangan

    • Eksplorasi sensori sentuhan & visual

👉 Tak ada cat? Guna yogurt + pewarna makanan pun boleh!


4. Botol Sensori

Isi botol dengan campuran air dan gam jernih (50:50), tambah glitter atau mainan kecil.

Manfaat:

    • Bantu anak fokus

    • Memberi kesan menenangkan

    • Rangsang kreativiti

👉 Sangat sesuai untuk anak yang mudah gelisah atau tantrum.


5. Main Tepung

Letakkan tepung dalam bekas dan biarkan anak bermain.

Manfaat:

    • Rangsang deria sentuhan

    • Tingkatkan imaginasi

    • Belajar konsep (contoh: kenderaan, bentuk)

👉 Boleh tambah lori atau excavator untuk lebih interaktif!


6. Tiup Belon Sabun

Main di luar rumah – tiup dan kejar belon sabun bersama-sama anak.

Manfaat:

    • Latih kawalan pernafasan

    • Tingkatkan fokus visual

    • Aktiviti bonding yang menyeronokkan


Kenapa Aktiviti Sensori Penting?

Sensori adalah asas kepada pembelajaran anak. Tanpa asas sensori yang kuat, anak mungkin akan:

    • Sukar fokus

    • Cepat tantrum

    • Lambat kuasai kemahiran seperti menulis & membaca

Walaupun tanpa terapi, aktiviti sensori perlu dibuat setiap hari di rumah untuk bantu perkembangan anak secara konsisten.


Kesimpulan

Tak perlu tunggu alat mahal atau kelas khas—ibu bapa sendiri boleh jadi “terapis pertama” anak di rumah.

Mulakan dengan 5 minit sehari, dan lihat perubahan kecil yang besar dalam perkembangan anak ❤️

FAQs

Soalan lazim mengenai Sensori Kanak-kanak khusus Anak Autism, Speech Delays, ADHD, GDD, dsb.

Aktiviti sensori ialah aktiviti yang merangsang deria seperti sentuhan, penglihatan, bunyi dan pergerakan. Ia membantu anak autism meningkatkan fokus, perkembangan otak dan kawalan emosi.

Ya, sangat digalakkan. Aktiviti sensori membantu perkembangan anak secara konsisten walaupun tanpa terapi. Hanya 5–15 minit sehari sudah mencukupi jika dilakukan secara berterusan.

Antara tanda termasuk anak mudah tantrum, sukar fokus, terlalu aktif atau terlalu pasif, dan sensitif terhadap bunyi atau sentuhan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *