Sensori & Autism: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

Sensori & Autism: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu


Setiap tahun pada World Autism Awareness Day, masyarakat global meningkatkan kesedaran tentang autisme serta kepentingan sokongan kepada anak-anak dalam spektrum ini.


Apa Itu Autism?

Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah kondisi perkembangan seumur hidup yang mempengaruhi cara seseorang (Autism) berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.

Keadaan perkembangan yang memberi kesan kepada:

  • Komunikasi
  • Interaksi sosial
  • Tingkah laku

Di Malaysia, kesedaran tentang autisme kanak-kanak semakin meningkat, namun masih ramai ibu bapa yang memerlukan panduan awal dan juga sokongan.

young child with autism playing with family

🌱 Kepentingan Aktiviti Sensori dalam Intervensi Awal Autism

Ramai ibubapa tertanya, – “kenapa aktiviti sensori ini penting? saya nak fokus kepada terapi sahaja..”

Jawapannya mudah apabila Teacher berjumpa dengan mana-mana Terapis, Pakar Kanak-kanak mahupun ‘Cikgu Special Needs’

“Cara (Otak) anak Autism memproses deria dengan cara yang berbeza.”

Secara kesuluruhan, anak-anak menerima deria atau maklumat adalah berbeza;

Ada anak Autism sangat sensitif kepada bunyi bising.
Ada anak Autism ‘okay’ dengan situasi bising bergema di ‘mall’,
Tetapi sangat sensitif pada cahaya sampai boleh ‘tantrum’.
Ada yang sangat ‘geli’ pegang benda seperti pintu, kereta, kerana kotor,
Ada anak Autism seolah olah tidak hairan main lumpur dan lasak di padang taman depan rumah.

Kenapa ini berlaku?
Ini adalah kerana cara anak Autism proses deria dan maklumat dengan cara mereka sendiri dan ada 7 bahagian sensori anak itu belum diransang secara baik. Melalui terapi , rangsangan sensori anak dapat diperkembangkan dengan lebih menyeluruh dan mendalam. Manakala, tadika, taska ataupun pusat kanak-kanak menawarkan ‘sensory play’ ataupun kelas sensori, amat penting untuk bantu anak-anak mencapai keperluan sensory harian mereka.

Intervensi awal autism sangat penting untuk membantu anak-anak mencapai potensi maksimum mereka.

Di Smart Minda, kami fokus kepada:

  • Aktiviti sensori kanak-kanak untuk regulasi emosi
  • Latihan motor halus dan kasar
  • Program persediaan sekolah (school readiness program)

Manfaat kelas sensori:

  • Tingkat fokus & perhatian
  • Kurangkan ‘tantrum’ & ‘overstimulation’
  • Bantu kemahiran sosial & pengurusan kendiri

Kelas Sensori & Perkembangan Kanak-Kanak

Kelas sensori untuk kanak-kanak autisme membantu mereka memahami dunia melalui pengalaman deria seperti:

  • Sentuhan (Touch)
  • Pengihatan (Sight)
  • Bunyi (Hearing)
  • Rasa (Taste)
  • Bau (Smell)
8385255

Di Selangor terutamanya Klang, permintaan terhadap kelas sensori inklusif semakin tinggi kerana keberkesanannya dalam membantu perkembangan anak.


🤝 Peranan Ibu Bapa & Guru dalam Sokongan Autisme

Ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan penting dalam:

  • Memberi sokongan emosi
  • Membina rutin harian
  • Membantu anak mengurus emosi

Sokongan komuniti juga penting untuk:

  • Kurangkan stigma
  • Tingkatkan kesedaran
  • Wujudkan persekitaran inklusif
happy asian father, mother, and son sitting together on sofa in

🌈 Dari Kesedaran ke Penerimaan

Kesedaran tentang autisme perlu berkembang kepada penerimaan.

Anak autisme bukan untuk “diubah”—tetapi untuk difahami dan disokong dengan cara yang sesuai dengan keperluan mereka.


Setiap Anak Ada Potensi

Sempena World Autism Awareness Day ini, marilah kita bersama:

  • Memahami autisme dengan lebih mendalam
  • Menyokong ibu bapa dan guru
  • Memberi peluang kepada setiap anak untuk berkembang

Di Smart Minda, kami percaya:
Setiap anak adalah unik, dan setiap anak mampu bersinar dengan sokongan yang betul.

Melalui program Smart Minda | Kelas Sensori, kami komited membantu perkembangan kanak-kanak melalui pendekatan sensori, intervensi awal, dan pembelajaran berstruktur. Dengan intervensi dan bimbingan yang betul, anak-anak (Autism, ADHD, Speech Delay, GDD dan sebagainya) mampu berdikari dan urus diri dengan baik di peringkat Tadika mahupun Sekolah.

Klik disini untuk info lanjut Kelas Sensori | Smart Minda

FAQs

Soalan lazim mengenai Sensori Kanak-kanak khusus Anak Autism, Speech Delays, ADHD, GDD, dsb.

PERLU – Puan/Tuan. Tindakan Intervensi Awal adalah amat penting untuk kanak-kanak mencapai potensi  harian mereta seperti pengurusan diri, berkomunikasi, bercakap, pengurusan emosi dan sebagainya.

Puan/Tuan boleh mula dengan dapatkan temu janji untuk jumpa pakar pediatrik/kanak-kanak di hospital kerajaan/swasta.

Jika perlu, anak akan dapat temu janji untuk Terapi Cara Kerja (OTs) da Terapi Pertuturan (STs).

Disarankan untuk dapatkan khidmat tadika/taska atau kelas-kelas yang menawarkan aktiviti pengukuhan psikomotor/sensori bagi membantu perkembangan anak harian.

Rangsangan sensori anak perlu diteruskan setiap hari walaupun tanpa terapi untuk bantu perkembangan anak yang sihat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *