Aktiviti Sensori: Sensory Play Fingerprint Hyacinth Painting

1. Sediakan Bahan 🎨

Aktiviti ini sangat mudah dan sesuai dibuat di rumah bersama anak:

    • Kertas lukisan / kertas putih

    • Cat warna (ungu, kuning, biru, merah, hijau)

    • Pen marker warna

    • Dulang untuk letak cat / pinggan plastik

💡 Tips: Gunakan warna terang untuk tarik perhatian anak dan rangsang deria visual mereka.

Apa Itu Fingerprint Hyacinth Painting?

Fingerprint Hyacinth Painting ialah aktiviti seni sensori di mana anak menggunakan jari mereka untuk menghasilkan bunga ‘hyacinth’ melalui teknik cap jari.

Aktiviti ini nampak ‘simple’, tetapi sebenarnya sangat ‘powerful’ untuk perkembangan anak, terutamanya kanak-kanak autism atau kanak-kanak yang perlukan rangsangan sensori tambahan.

2. Cara Penyediaan Awal

Sebelum anak mula bermain:

1. Lukis batang bunga menggunakan marker


2. Tambahkan lukisan rumput di bahagian bawah


3. Letakkan cat warna di atas dulang cat/ pinggan plastik.

Ini membantu anak ada “guide visual” supaya mereka lebih yakin untuk mula.


3. Aktiviti Fingerprint ✋ (Langkah Utama)

Sekarang masa untuk sensory play!

  1. Minta anak atau celup jari bersama-sama ke dalam cat warna
  2. Cap jari secara perlahan di bahagian atas batang bunga
  3. Ulang cop untuk membentuk bunga hyacinth
  4. Biarkan anak pilih warna sendiri dan explore

💛 Ingat: Tidak perlu cantik — fokus pada pengalaman sensori anak.
💡 Tips: Kita buat dahulu dan tunjuk contoh supaya anak ada bimbingan dan boleh ikut.

⚠️ Tips Untuk Ibu Bapa

    • Mulakan dengan cotton bud jika anak tak selesa guna jari

    • Jangan paksa — ikut keselesaan anak

    • Sediakan tisu basah untuk mudah bersihkan

    • Puji usaha anak, bukan hasil

Kebaikan Aktiviti Sensori Ini

🌈 1. Rangsang Deria Sentuhan (Tactile)

Anak belajar merasa tekstur cat — bantu adaptasi sensori mereka.

✍️ 2. Kuatkan Fine Motor Skills

Pergerakan jari bantu perkembangan otot kecil untuk menulis.

🎯 3. Tingkatkan Fokus

Aktiviti cap jari berulang bantu anak lebih fokus dan tenang.

💬 4. Bantu Ekspresi Emosi

Anak boleh meluahkan perasaan melalui warna dan pergerakan.

Sesuai Untuk Siapa?

    • Kanak-kanak umur 2–7 tahun

    • Anak autism

    • Anak yang perlukan aktiviti sensori harian

    • Anak yang suka messy play

Kenapa Sensory Play Penting? 🌱

Sensory play membantu perkembangan otak anak melalui rangsangan deria seperti sentuhan, penglihatan dan pergerakan.

Walaupun tanpa terapi formal, aktiviti ini boleh dibuat setiap hari di rumah untuk bantu perkembangan anak secara konsisten.


Kesimpulan

Fingerprint Hyacinth Painting bukan sekadar aktiviti seni — ia adalah cara mudah untuk bantu anak belajar, fokus dan regulate emosi.

Hanya 5–10 minit sehari sudah cukup untuk beri impak besar 💛

Klik disini untuk info lanjut Kelas Sensori | Smart Minda

Klik disini untuk lihat video step-by-step | Smart Minda Tiktok

FAQs

Soalan lazim mengenai Aktiviti Sensori untuk Kanak-kanak khusus Anak Autism, Speech Delays, ADHD, GDD, dsb.

Mulakan dengan cotton bud atau span sebelum guna jari.

Tak perlu lama — 5 hingga 10 minit sehari sudah mencukupi jika dibuat secara konsisten.

Ya, ia bantu rangsangan sensori, fokus dan kemahiran motor halus.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *